Tuesday, 27 October 2015

BONGKAR : 'Rupa Sebenar' Raja Muda Selangor!!!!

Gempar seketika apabila mendengar bahawa Raja Muda Selangor telah memeluk agama Kristian baru-baru ini. Ini kerana menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri.

Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam.

“…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).



Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu berikrar untuk memelihara kesucian Agama Islam semasa mengangkat sumpah.

Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda.



Persoalannya, apakah sebenarnya peranan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam? Adakah hanya berperanan berbuka puasa di Masjid-masjid atau merasmikan masjid dan surau yang baru?

Artikel Cicit Daeng bertarikh 23 Julai 2012 bertajuk Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi’i menyingkap kisah Raja Arab Saudi dan kaum kerabatnya yang tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun digelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid Suci. Di Arab Saudi atau di bumi Malaysia ini, sama saja tingkah laku Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam, begitu juga dengan kaum-kerabat mereka. Jika Raja Arab dan kerabatnya melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik jubah mereka, tiada bezanya Raja-raja Melayu dan kerabatnya yang melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik baju Melayu dan songkok – terus nampak islamik!

Tidak banyak untuk dibicarakan dalam blog entry kali ini. Biarlah gambar-gambar yang berbicara dengan sendirinya.



Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng’amin’kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Moët & Chandon. 





Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam. 




Raja sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan diamanahkan kepada mereka menjaga kesucian agama Islam. Dimanakah dan benarkah kesucian Islam terjaga dan adakah mereka berkelakuan sebagai seorang Islam yang sebenarnya? 


Adakah kita perlukan seorang pemimpin yang bukan sahaja yang ada masalah ketagihan arak, seks tetapi juga mengamalkan LGBT? Semuanya sudah terang lagi bersuluh! Nak naik muntah bila tengok gambar-gambar ini.

Tidak berniat menuding jari kepada semua raja-raja tetapi bukti berupa gambar yang anda lihat tidak seteruk mana mata kami melihat dan teramat memalukan dan menjijikan untuk dipertontonkan kepada semua. Walaupun begitu kesedaran harus wujud bahawa masyarakat & rakyat Malaysia jemu dengan mainan kata-kata dan berlagak seperti Khalifah Islam oleh mereka dan kononya menjaga kesucian Islam tetapi kerana mereka juga terpalit hina kesucian Islam.

Walaupun ada raja yang tidak terlibat dalam skandal dan menjalankan tanggungjawab mereka sebagai Ketua Agama Islam Negeri mereka.Tetapi lebih ramai Raja dan bakal raja yang bersifat kurang senonoh yang bakal menduduki Jawatan Tertinggi Ketua Agama Islam di Malaysia. 




Nantikan pendedahan seterusnya yang bakal membuka mata rakyat Malaysia dan kita hanya akan malu tertunduk menyembah manusia bergelar raja yang bersifat seperti itu. Jelas mereka adalah golongan yang berpura-pura memelihara Islam tetapi adalah perosak kesucian Islam itu sendiri. 

No comments:

Post a Comment